sweet sour
when u're busying on9..=.=
22 January 2011 • 4:16 PM • 0 comments




hehe..it's just supercute isn't..huahuahua..i might u guys to like this..
tdi aq pun trkne cmne gak..haha..xreti malu bgthu org.. ~wee..
tpi nk thu x..dgn mnhan smua bnde nih..xelok aww bleh myebabkan batu karang..




ZAMAN berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya..

Secara logiknya,
apabila korg smua cuba menahan kencing, korg akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang..

Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang..

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis..

Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter korg. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium..

hati-hati..!kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan..korg smua perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain..

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat..

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras..

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak..

Banyak faktor boleh mempengaruhi perubahan air kencing kita seperti keturunan, pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan. Semuanya memberi sumbangan tertentu kepada pembentukan batu karang..

so kesimpulannye..jgn than kencing..xbaek..nti kne batu karang pdan muke..aq gelak je..hahhaha..
aq pun nak nasihatkan jgn tiru cm aq nie..*adela..hehehe..;)


Welcome to my blog.
Please navigate around happily.
Jangan lupa tinggalkan jejak okay.
tekan Ctrl+C untuk copy.
buat synopsis sendiri pasal movie..hee peace!
fyi i'm belieber and kipassusahmatiyuna.

Post About Linkies Other



Tweetahh

Blog Archives



Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: Nabilah

Daisypath Anniversary tickers
i love you amirull anuar
T
W
I
T
T
E
R
F
A
C
E
B
O
O
K
A
S
K
F
M
I
N
S
T
A
G
R
A
M
Cute Blinking Unicorn